S: Apakah Gamat yang diformulasikan ini mendapat pengiktirafan dari mana-mana pihak berkuasa?
J: : Ya, setakat ini produk ini sudah pun diberikan Sijil Perakuan Bebas (Certificate Free Sales) oleh Kementerian Perdagangan setelah diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil ini telah membenarkan produk kami dieksport ke Dubai, Indonesia, Filipina dan Switzerland
S: Bolehkah pesakit kencing manis mengambil produk Gamat Healin™ ini?
J: Ya, Gamat Healin™ adalah selamat untuk pesakit kencing manis kerana perasa manis yang terkandung didalamnya dinamakan ‘sorbitol’ yang sememangnya disyorkan untuk pesakit kencing manis. Setakat ini memang sudah ramai penghidap kencing manis yang luka pada bahagian kaki dan tangan dan menjadi busuk (gangrene) sembuh sepenuhnya setelah mencuba Gamat Healin.
S: Bagaimanakah keberkesanan Gamat Healin™ merawat pesakit?
J: Melalui penyelidikan dan maklumbalas daripada pengguna yang mengambil Gamat Healin™, telah menunjukkan bahawaia dapat menghalang pembekuan darah dan meingkatkan kadar respirasi jantung semasa mengurangkan tekanan darah, melancarkan perjalanan darah, menghalang penyumbatan kolestrol di dalam salur darah, merawat penyakit koronori, membetulkan fungsi buah pinggang, meningkatkan metabolisma dan mengurangkan asma.
S: Mengapakah ia perlu untuk mengambil produk gamat keluaran Healin™?
J: Ini adalah untuk memastikan dos yang betul. Kita tidak dapat nafikan bahawa keberkesanan gamat adalah daripada ujian secara klinikal dan saintifiknya. Gamat mengandungi bahan kimia semulajadi yang telah diekstrak daripada proses saintifik.
S: Bolehkan Gamat Gamogen™ menyembuhkan penyakit buasir ?
J: Ya. Banyak kes yang telah kami temui menunjukkan ia sememangnya dapat membantu. Gamogen™ mempunyai kesan antiinflamasi (meredakan simptom-simptom penyakit radang). Selain dari itu ia juga boleh merangsang pertumbuhan sel-sel yang rosak dan cedera. Kesan-kesan ini amat diperlukan semasa seseorang sedang menghadapi panyakit buasir. Pengalaman telah menunjukkan 90% daripada mereka yang menghidapi penyakit buasir yang kronik telah dapat dipulihkan sepenuhnya dengan meminum Gamogen™. Bagaimanapun, masa penyembuhan itu mungkin berubah-ubah bergantung kepada individu berkenaan. Kebiasaannya, kesan dapat dilihat selepas 2 minggu.
S: Bolehkah orang yang menghidap penyakit tekanan darah mengamalkan Gamogen™ Kalau tidak kenapa?
J: Tidak boleh. Kajian menunjukkan pengambilan Gamogen™ yang berterusan boleh melicinkan perjalanan darah dalam badan dan menenangkan fikiran. Kedua-dua tindakan ini boleh membantu menurunkan tekanan darah akan menjadi lebih rendah setelah meminumnya yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pitam dan pening kepala.
S: Sebelum ini banyak produk-produk tiruan muncul di pasaran. Soalannya bagaimana untuk mengenali keasliannya produk gamat?
J: Saya sedar perkara ini. Produk ‘Copy cat’ ini sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan peniaga-peniaga Malaysia. Saya amat bimbang dan ragu-ragu tentang kandungan di dalam produk ini dari segi kesihatan dan keselamatan orang ramai. Sesetengahnya mencampurkan air gamat ke dalam cecair kanji dan menamakan produk mereka sebagai Jeli Gamat. Kajian kami juga menunjukkan ada jenama yang telah menggunakan debu pati ‘Hoisam’ iaitu timun laut yang dimakan oleh kaum Cina tetapi dibeli daripada Australia. Kajian kami telah menunjukkan ianya bukan gamat dan tidak ada unsur-unsur protein polipeptida dan kolagen yang terdapat dalam gamat yang berupaya menyembuhkan luka, menghilangkan rasa sakit dan melicinkan perjalanan darah.
Kami telah mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk menulenkan sebatian aktif dalam gamat dan menentukan dos-dos yang sesuai untuk ditelan, tetapi saya amat terkilan kerana mereka ini tidak perlu menjalankan apa-apa penyelidikan untuk menghasilkan produk-produk ini. Oleh yang demikian, untuk memastikan produk yang tulen dan terjamin sila lihat jenama-jenama yang mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia seperti MAL20032207TC.
S: Bolehkah kanak-kanak di bawah umur 1 tahun diberi produk Healin™?
J: Kita tidak meletakkan sebarang ubat atau elemen bahan kimia aktif kecuali gamat ekstrak di amna ia telah ditulenkan secara saintifik dan kaya dengan kompleks peptida dan mineral semulajadi seperti germanium, manganese, selenium, dan elemen-elemen lain yang diperlukan untuk kesihatan badan dan kulit. Ia boleh diambil sebagai minuman kesihatan harian untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Sekatannya ialah satu hari dua kali, dos yang sama untuk orang dewasa. Kajian menunjukkan sekiranya diambil 10 sudu pada satu masa, ia tidak akan memberikan apa-apa kesan tetapi ia akan membuat pengguna kerap membuang air kecil.
S: Apakah akibatnya jika seseorang pesakit mengambil produk Healin™ melebihi sukatan yang dibenarkan?
J: Ia tidak mempunyai kesan sampingan. Kajian menunjukkan jika di ambil dengan berlebihan sehingga hampir satu botol dengan sekali minum, ia hanya bole menyebabkan seseorang merasa cepat lapar dan kekerapan membuang air kecil yang meningkat.
S: Apakah kesannya jika saya memberhentikan penggunaan produk Healin™
J: Produk Healin™ merupakan produk kesihatan semulajadi. Ia tidak menyebabkan ketagihan. Jika ingin menghentikan pengambilan produk tersebut, ia tidak akan menimbulkan kesan yang mudarat. Walaubagaimanapun bagi penyakit-penyakit tertentu, kadangkala tempoh mengamalkan produk Healin™ untuk membantu merawat penyakit bergantung kepada keserasian individu dan kesan memberhentikan penggunaan produk gamat Healin™ perlulah diteliti mengikut kes-kes yang berasingan
*Disclaimer: Tidak semua soalan yang diajukan akan dijawab oleh Dato’ Dr Hassan sendiri, sebahagian akan dijawab oleh kakitangan House of Healin berdasarakan latihan yang diterima. Harap maklum